Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari .

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus, ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, suspek berusia 38 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah, ditahan reman hingga Selasa depan.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Anggota polis terbabit masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.03 pagi semalam, anggota polis berpangkat koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas lelaki terbabit ditahan kerana membuat kekecohan di sebuah klinik di Jalan Kepong, Metro Prima, Sentul.

Namun, ketika cuba dimasukkan ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) dalam keadaan bergari, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan menggigit telinga kiri anggota berkenaan hingga terputus sebahagian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here