Rapid KL mengumumkan lanjutan operasi Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam bersempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dan Konsert Solo Pertama Amy Search, hari ini.

KUALA LUMPUR – Rapid KL mengumumkan lanjutan operasi Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam bersempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dan Konsert Solo Pertama Amy Search, hari ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi peminat bola sepak yang ingin menyaksikan pertembungan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada jam 9.00 malam.

Manakala Axiata Arena yang terletak berdekatan stadium berkenaan pula akan berlangsungnya konsert penyanyi genre Rock terkenal, iaitu Amy Search yang akan bermula 8.30 malam nanti.

Dalam kenyataan hari ini, Rapid KL memaklumkan langkah tersebut diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang yang hadir ke kedua-dua acara besar berkenaan.

“Penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi untuk melancarkan perjalanan,” katanya.

Selain Stesen Bukit Jalil, beberapa stesen sambungan lain turut dilanjutkan operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir. Antara laluan yang terlibat ialah Laluan Kelana Jaya membabitkan Stesen Masjid Jamek, Pasar Seni dan Putra Heights.

Di Laluan Ampang/Sri Petaling pula, stesen yang terlibat adalah Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Putra Heights, Hang Tuah, Titiwangsa, Maluri, Sungai Besi dan Chan Sow Lin.

Sementara itu, Laluan Monorel melibatkan Stesen Hang Tuah dan Titiwangsa, manakala Laluan Kajang melibatkan Stesen Pasar Seni, Maluri, Merdeka, Kwasa Damansara dan Tun Razak Exchange.

Laluan Putrajaya pula membabitkan Stesen Kwasa Damansara, Sungai Besi, Chan Sow Lin, Titiwangsa dan Tun Razak Exchange.

Rapid KL turut menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas di stesen bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi laman web rasmi www.myrapid.com.my atau mengikuti kemas kini di platform media sosial Rapid KL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here