Pelakon dan penyanyi Tamil tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.35 tengah hari semalam dan mangsa masing-masing berusia 48 dan 76 tahun.