Haziq Nadzli. Foto Perak FC.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli mengucapkan terima kasih buat Perak PC sambil memberi gambaran beliau bakal meninggalkan pasukan tersebut.

”Terima kasih Perak,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.

Untuk rekod, Haziq menjadi watak penting pasukan Perak di posisi penjaga gol sepanjang musim ini apabila merekodkan 19 penampilan dan enam aksi tanpa bolos hingga kembali dapat tempat di skuad kebangsaan.

Kini, masa hadapan Haziq bakal menjadi persoalan di mana destinasi terbaik buat penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Perak ketika ini menjadi bualan hangat para peminat bola sepak apabila pasukan Seladang itu tidak akan beraksi di Liga Super pada musim hadapan gara-gara isu kewangan.

Semalam, perjumpaan yang diatur oleh pihak pengurusan serta pemain yang tidak menemui kata putus mengenai tunggakan gaji mereka sehingga enam bulan setengah bagi Liga Super dan tujuh bulan bagi pemain Piala MFL.

Ini kerana pihak pengurusan hanya ingin membayar gaji sebanyak 20 peratus daripada tunggakan itu.

Selain itu, pemain turut dimaklumkan pasukan itu akan dibubarkan dan tidak akan beraksi di Liga Malaysia musim depan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here