Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menunjukkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Command Center BN di Kampung Haji Tahir, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 APRIL 2025.

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir mendahului kiraan undi awal dan pos dalam keputusan tidak rasmi setakat jam 7 malam tadi.

Perkara itu dimuat naik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook miliknya.

Menurut beliau, BN mendahului undi pos dengan majoriti 49 bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan Mohamad Yusri sebanyak 77 undi, Abd Muhaimin dari Perikatan Nasional (PN) 28 undi dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) tiga undi.

BN juga turut mendahului undi awal dengan majoriti 326 bagi PRK DUN Ayer Kuning dengan 389 undi, PN (63) dan PSM (5). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here