Akmal Nasrullah Nasir

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang gagal mengekalkan jawatan Ketua Cabang Johor Bahru, mempertahankan tindakannya yang mempamer keputusan tidak rasmi pemilihan parti.

Beliau menjelaskan, pengumuman angka atau keputusan tidak rasmi bukan satu perkara yang janggal dalam mana-mana pilihan raya.

“Terkait mengeluarkan keputusan tidak rasmi, sejurus selepas tempoh mengundi ditutup pada 20 April lalu, saya mengeluarkan angka hasil dapatan petugas kami sepanjang tempoh mengundi berlangsung.

“Faktanya, pasukan kami dapat mengeluarkan angka ini sejurus tempoh pengundian tamat adalah disebabkan pasukan ini dipandu dengan Borang 14, senarai nama undian dan ejen mengundi yang cekap sepanjang pemilihan.

“Sebagai contoh, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini, kemenangan melalui keputusan tidak rasmi telah diumumkan seawal jam 8.30 malam walaupun keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya dikeluarkan satu jam selepas itu,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru menerusi kenyataan hari ini.

Akmal Nasrullah berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ketua Cabang PKR Johor Bahru yang baharu, Mohamad Taufiq Ismail apabila mengemukakan bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) selepas Akmal Nasrullah memuatnaik angka dan keputusan tidak rasmi pemilihan baru-baru ini.

Semalam, Mohamad Taufiq dilapor mengemukakan bantahan rasmi kepada JPP selepas tidak berpuas hati dengan Tindakan Akmal Nasrullah yang mengeluarkan keputusan tidak rasmi jumlah undi bagi jawatan berkenaan menerusi media sosial pada 20 April lalu.

Ketika itu, Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Perolehan Tenaga dan Transformasi Air dikatakan memuatnaik keputusan pemilihan Ketua Cabang PKR Johor Bahru yang diperoleh sebanyak 949 undi.

Mohamad Taufiq memberitahu, keputusan yang dikongsi kepada umum itu dibuat tanpa memperoleh pengesahan rasmi dari JPP.

Katanya, ia seolah-olah cuba menekan pihak jawatankuasa itu untuk menerima angka berkenaan sebagai muktamad. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pemilihan PKR: Taufiq kemuka bantahan rasmi kenyataan Akmal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here