KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta ditahan kerana disyaki sengaja melanggar penunggang motosikal selepas terbabit pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata lelaki,37 tahun itu ditahan berdasarkan laporan daripada orang awam berhubung kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam semalam di Taman Sentosa, Klang.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh.

“Sekitar jam 1.15 pagi tadi, suspek ditahan dan semakan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurut beliau, suspek kini direman sehingga 30 April.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang lelaki dilanggar sebuah kereta.

Selepas dilanggar lelaki berkenaan dilihat bangun dan beredar ke bahu jalan.

Sementara itu jelasnya, selepas kejadian mangsa yang menunggang motosikal ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan dan disahkan mengalami luka pada dua kaki dan bahu manakala sendi bahu kiri terkehel.

Mangsa kini masih menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here