GEORGE TOWN – Gangguan bekalan air berjadual (SWSI) sejak Jumaat lalu berjaya dipulihkan sebanyak 48 peratus setakat ini.

Berdasarkan kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Facebook, setakat jam 11.30 pagi tadi kira-kira 162,000 pengguna di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah menerima semula bekalan sepenuhnya, manakala Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan kadar pemulihan 88 peratus.

“Bagi daerah Timur Laut (84 peratus) diikuti Seberang Perai Selatan (38 peratus) dan Daerah Barat Daya (10 peratus),” katanya.

PBAPP turut memaklumkan tahap pemulihan maksimum ini tercapai buat masa ini disebabkan kerja-kerja pemasangan Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai (SP-RCP) oleh kontraktor masih belum disiapkan sepenuhnya.

“Sebagai langkah segera, PBAPP telah menambah bilangan pengimpal paip di tapak projek Sungai Perai bagi mempercepatkan kerja-kerja akhir.

“Kita juga memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dijalankan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya.

Media semalam melaporkan kemajuan kerja membabitkan 23 projek kerja air yang dilaksanakan PBAPP sudah mencapai 85 peratus apabila 19 daripadanya sudah siap.

Seramai 341,708 pengguna air di Pulau Pinang bakal terjejas susulan pelaksanaan SWSI berkenaan yang bermula jam 10 malam, Jumaat lalu.

Ia susulan henti tugas separa di LRA Sungai Dua bagi pelaksanaan 23 projek kerja air berjadual di seluruh negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here