Konsert bertajuk Barbarik Pentas Peluru Cokelat itu dijadualkan berlangsung pada 28 Jun depan di Zepp Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Band rock tempatan Barbarik bakal mengadakan konsert sulung bagi meraikan kelahiran album pertama mereka Peluru Cokelat yang dilancarkan pada 9 November tahun lalu.

Pemain gitar kumpulan itu, JoBranko berkata, konsert bertajuk Barbarik Pentas Peluru Cokelat itu dijadualkan berlangsung pada 28 Jun depan di Zepp Kuala Lumpur.

Menurutnya, konsert itu akan berfungsi sebagai wadah untuk mereka mempersembahkan kesemua lagu daripada album berkenaan, buat pertama kali.

“Tujuan kami menghasilkan album Peluru Cokelat ialah untuk menandakan bahawa kami serius sebagai sebuah band dan bukan sekadar sebuah projek band atau mengambil kesempatan atas sejarah kami.

“Jika peminat mendengar album Peluru Cokelat, mereka akan tahu inilah identiti band Barbarik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Selain JoBranko, Barbarik yang dianggotai oleh Muss (vokalis), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) sebelum ini pernah mengadakan beberapa konsert termasuk Barbarik Pentas Keras 1.0 dan 3.0 serta Double Trouble 2: Search x Barbarik.

Tiket berharga RM150 bagi kategori 1, RM380 (kategori 2 duduk), RM280 (kategori 3 duduk) dan RM8,000 (VIP BOX) boleh dibeli menerusi ilassotickets.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here