Selepas memenangi undian, Atak Akop perlu melakukan upacara mandi bunga yang bertujuan untuk membuang bala pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.
Kampung Orang Asli Bukit Lanjan baru-baru ini telah mengadakan majlis pengundian bagi memilih Tok Batin yang baharu, menggantikan mantan Tok Batin yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya, pelantikan Tok Batin dilakukan menerusi dua kaedah iaitu secara warisan keturunan atau melalui pengundian. Namun begitu, penduduk Kampung Bukit Lanjan telah sebulat suara memilih kaedah undian bagi memastikan Tok Batin yang dilantik memiliki kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, dan menora serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai adat istiadat Orang Asli Temuan Bukit Lanjan.
Proses pengundian dijalankan seperti mana Pilihan Raya Umum, di mana setiap pengundi perlu mendaftar sebelum membuang undi ke dalam kotak undi yang disediakan. Seramai 106 penduduk hadir bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada hari berkenaan.
Calon yang terpilih sebagai Tok Batin perlu melalui upacara mandi istiadat sebagai simbol rasmi perlantikan. Selesai upacara, Tok Batin bersama barisan Lembaga Adat membuka balai untuk menerima aduan, cadangan dan pelbagai perkara lain daripada penduduk kampung, sebagai langkah awal dalam memimpin dan memperkasa komuniti.
Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lanjan melakukan persiapan dengan meganyam daun nipah untuk dijadikan hiasan dewan sempena Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lanjan melakukan persiapan dengan meganyam daun nipah untuk dijadikan hiasan dewan sempena Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Pengundi yang merupakan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lanjan beratur untuk mengundi pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli melakukan pemeriksaan nama pengundi pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Pengundi yang merupakan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lanjan melakukan pengundian pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Pengundi yang merupakan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lanjan melakukan pengundian pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Penduduk akan ditanda “X” pada pergelangan tangan selepas melakukan pengundian, pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Calon-calon Tok Batin yang memiliki undian tertinggi akan dipanggil untuk diberikan taklimat pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Petuagas yang mewakili Jabatan Kemajuan Orang Asli melakukan proses pengiraan undi pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Selepas memenangi undian, Atak Akop perlu melakukan upacara mandi bunga yang bertujuan untuk membuang bala pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.Selesai upacara mandi bunga, Atak Akop berhias dengan baju batik dan duduk di atas takhta yang disediakan untuk menghadiri upacara minta restu, pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.