Sohaimi (tengah) bersama barisan kepimpinan baharu DPIA selepas mesyuarat agungnya hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Sohaimi Shahadan yang mengekalkan jawatan Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA) hari ini berazam mahu meneroka pasaran baharu kepada ahli-ahlinya.

Belau juga mahu memperkukuhkan jaringan ekonomi serantau serta memastikan DPIA menjadi platform strategik untuk ahli-ahli kami berkembang di peringkat global.

“Mandat ini adalah satu amanah besar. Kami akan terus memperkukuhkan jaringan ekonomi serantau serta memastikan DPIA menjadi platform strategik untuk ahli-ahli kami berkembang di peringkat global.

“DPIA juga akan memberi tumpuan meneroka pasaran ASEAN sempena kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2024,” katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan Perwakilan DPIA yang berlangsung hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Selain itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Hameed Dawood pula dipilih sebagai Timbalan Presiden 1 manakala, Pengerusi Kumpulan D’Tandoor, Datuk Seri Abdul Malik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden 2.

DPIA menganugerahkan Tokoh Usahawan DPIA 2025 kepada Tan Sri Noh Omar dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here