Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin

IPOH – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin kesemua suspek ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, berusia lingkungan 40 hingga 70 tahun.

“Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya komputer, telefon bimbit selain 10 keping slip loteri dan wang tunai berjumlah RM110,119,” katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak 2020 di sekitar Ipoh dan hasil siasatan mendapati kesemua suspek didalangi ejen judi yang terlibat secara langsung dengan penganjur.

Menurut Noor Hisam, ejen sindiket menjalankan kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen secara dalam talian bagi mengelakkan dikesan pihak berkuas.

“Ejen-ejen ini juga menggunakan rumah sebagai pusat pengiraan wang hasil loteri awam tanpa lesen,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisam berkata polis menahan 119 individu dalam 87 serbuan menerusi Op Mega Cantas Khas yang dijalankan di negeri itu, minggu lepas.

Beliau berkata tangkapan membabitkan jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan lain-lain kesalahan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here