Kesan bedilan Rusia di stesen kereta api Ukraine di Chaplyne. Foto Twitter

SEOUL – Korea Utara mengesahkan bahawa negara itu telah mengerahkan tenteranya ke Rusia bagi menyokong peperangan Moscow terhadap Ukraine di bawah perjanjian pertahanan, dengan mendakwa membantu sekutunya itu menguasai semula Kursk.

Kerahan tersebut dilakukan ‘dengan arahan’ pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerusi perjanjian pertahanan bersama dengan Moscow, menurut laporan Agensi Berita Korea Utara (North’s Korean Central News Agency – KCNA) seperti dipetik agensi Yonhap.

Ia merupakan pengesahan pertama kali dilakukan itu selepas beribu-ribu tentera Korea Utara didakwa dihantar di barisan hadapan Kursk.

“Operasi untuk membebaskan kawasan Kursk untuk menangkis pencerobohan mencabar Persekutuan Rusia oleh pihak berkuasa Ukraine telah dimuktamadkan dengan kemenangan,” kata KCNA sambil menambah sub unit angkatan tentera negara itu mengambil bahagian dalam operasi ‘mengikut perintah ketua negara, Kim Jong-un.

Selepas membuat kesimpulan bahawa keadaan itu memenuhi syarat untuk menggunakan perjanjian perkongsian strategik komprehensif dengan Rusia, Kim ‘memutuskan penyertaan angkatan tentera kita dalam perang (dan) memaklumkan kepada Rusia mengenainya’, menurut KCNA.

Kim memeterai perjanjian dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Pyongyang pada Jun tahun lalu, yang mana dua negara menyalurkan bantuan ketenteraan antara satu sama lain jika berlaku peperangan.

KCNA mendakwa aktiviti ketenteraan oleh tentera Korea Utara di Rusia ‘selaras sepenuhnya’ dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), undang-undang antarabangsa lain dan perjanjian dua hala serta ‘menyediakan sebagai model contoh… ungkapan setia terhadap tindakan untuk pelaksanaan mereka’.

Ia turut memetik Kim yang menyifatkan aktiviti tersebut sebagai ‘misi suci untuk memperkukuhkan’ persahabatan dan solidariti dengan Rusia dan ‘mempertahanaan maruah’ Korea Utara.

“Mereka yang menegakkan keadilan semuanya adalah hero dan wakil kepada maruah negara,” katanya.

Menurut Kim, satu tugu akan didirikan di Pyongyang berikutan keberanian tentera negara itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here