Penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 1.6 Lebuhraya Utara-Selatan di sini hari ini.

Kejadian menghala ke pusat Bandar Penawar, Kota Tinggi pada pukul 6.25 pagi itu melibatkan dua motosikal dan tiga kereta di Kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave hilang kawalan.

“Mangsa bergerak dari Kempas hendak ke arah Johor Bahru dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya hilang kawalan dan terbabas sendiri lalu terjatuh di lorong kanan.

“Kemudian seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang menunggang motosikal Yamaha XMax dan pemandu kereta Toyota Vios yang melalui lokasi itu berhenti di lorong tengah dan kanan untuk membantu mangsa.

“Namun Toyota Vios itu telah dilanggar oleh pemandu kereta Honda City yang datang dari arah belakang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ketika pemandu Toyota Vios dan Honda City hendak mengalihkan kereta ke hadapan untuk membolehkan penunggang Yamaha XMax membantu mangsa tiba-tiba sampai kereta Subaru Impreza dipandu lelaki warga Singapura yang bergerak di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa yang sedang terbaring atas jalan raya.

“Pemandu Subaru Impreza itu turut melanggar penunggang motosikal Yamaha XMax, kereta Toyota Vios dan kereta Honda City,” ujarnya.

Azrul Hisham berkata, mangsa iaitu penunggang motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal Yamaha XMax pula patah kaki kanan dan sedang menerima rawatan di Zon Kuning Hosptal Sultanah Aminah (HSA).

Katanya, dalam kejadian tersebut, semua pemandu kereta yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here