Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 28 APRIL 2025

SERDANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menepis dakwaan pihak-pihak tertentu mengenai bekalan beras putih tempatan (BPT) yang dikatakan ‘hilang’ dari pasaran.

Katanya, ia boleh dilihat melalui peningkatan had belian makanan ruji itu yang kini boleh diperoleh sebanyak lima kampit bagi setiap individu.

Katanya, peningkatan had belian tersebut membuktikan bahawa bekalan BPT di pasaran sudah stabil.

“Selama ini orang asyik bercakap soal ‘mana ada BPT’ tetapi apabila kita adakan dalam pasaran, nampaknya BPT tidak menjadi rebutan kerana beras import pun harganya tidak begitu jauh iaitu sekitar RM30 ke RM32.

“Sebelum ini, ia menjadi bising kerana harga beras import itu sampai ke RM40 (jadi) mereka cari BPT,” katanya ketika ditemui pemberita, selepas hadir ke Perhimpunan Bulanan dan Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 2025 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.

Mohamad berkata, peningkatan had belian itu adalah bagi memastikan bekalan BPT tidak rosak.

“Sekarang sudah boleh beli tidak lebih dari lima kampit, sebab kita mahu ia berjalan. Apabila beras ini lama tidak ‘berjalan’ (dijual), ia akan menjadi rosak.

“Kita harap semua penduduk terutama golongan yang bawahan boleh membeli dengan harga RM26. Jika tidak ada, boleh laporkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here