Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, pengundi di kawasan itu sepatutnya memberi sokongan terhadap parti yang berjuang untuk negara.

“Saya sedih dan tidak faham kenapa beri kemenangan kepada orang yang berjuang bukan untuk negara, tetapi parti,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), di sini, hari ini.

Sabtu lalu, calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir menang besar pada PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi.

Dr. Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS mendapat 1,106 undi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Ishsam menang dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here