Kredit FB Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Maldives berhasrat untuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang baharu termasuk tenaga solar terapung, pertahanan dan teknologi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan menyatakan bahawa kedua-dua negara sebagai negara maritim, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi untuk kerjasama adalah luas dan terus berkembang merentasi pelbagai sektor dalam semangat manfaat bersama.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pelancongan, sukan dan kesihatan.

“Kini, ada bidang-bidang yang dianggap baru yang perlu kita tingkatkan kerjasama, termasuk solar terapung, pertahanan, dan digital,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu hari ini, bersempena dengan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari yang bermula semalam.

Lawatan Muizzu ke Malaysia buat kali pertama sejak beliau menjadi presiden pada November 2023 itu, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here