Lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Senai-Seelong, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Senai-Seelong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kaunter trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan kejadian tersebut pukul 6.10 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dipandu lelaki tempatan berusia 54 tahun dengan lori jenis Isuzu dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berkenaan membelok masuk ke simpang Kempas.

“Lori berkenaan kemudian bertembung dengan kereta dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Kata Seng Lee, akibat pelanggaran tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan, katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyeh 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa 011-26081008. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here