BENTONG – Salah seorang daripada tiga penunggang berkuasa tinggi cedera apabila motosikal mereka tergelincir apabila di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam.
Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Abdul Kahar berkata, kini polis sedang mengesan dua lagi penunggang motosikal yang terbabit kemalangan tersebut, yang tular di laman media sosial malam tadi, selepas berjaya mengesan salah seorang mangsa.
”Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan tersebut berlaku pada 27 April 2025 pada pukul 9.45 pagi Ahad.
”Apabila tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang hilang kawalan, tergelincir lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan.
“Akibat kemalangan tersebut salah seorang penunggang yang berjaya di kesan memaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan manakala dua lagi penunggang masih belum dapat dihubungi,” katanya menerusi kenyataan.
Menurut Zaiham, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menghubungi penunggang berkenaan untuk memberi kerjasama.
Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette