LONDON – Nottingham Forest tewas di tangan Manchester City 2-0 pada aksi perlawanan di Wembley, sekaligus menjadikan City mara ke final Piala FA kali ke tiga berturut-turut.
Menerusi jaringan Rico Lewis dan Josko Gvardiol, City masih berpeluang merangkul trofi musim ini.
Lewis menjaringkan gol seawal minit kedua apabila mendapat umpanan Mateo Kovacic.
Kemasukan Anthony Elanga di awal babak kedua hampir membuahkan hasil buat Forest, namun percubaannya tersasar dan City menambah jaringan lima minit kemudian menerusi tandukan Gvardiol.
Forest hampir merapatkan jurang tetapi percubaan Morgan Gibbs-White dan pemain gantian, Taiwo Awoniyi dinafikan tiang gol.
Skuad kendalian Pep Guardiola akan berdepan Crystal Palace, yang menewaskan Aston Villa 3-0 pada Sabtu lalu, dalam aksi final pada 17 Mei ini. – Agensi