Irdina Syifa.

GEORGE TOWN – Orang ramai dimohon membantu pihak polis mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 12 April lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, Irdina Syifa Mohd Khairi, 22, dilihat kali terakhir keluar dari rumahnya.

“Wanita itu berketinggian 160 sentimeter dan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 12 April lalu.

“Sehubungan itu, kita mohon kerjasama orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan supaya hubungi Sarjan Wan Marhani Abdul Raman di talian 019 933 7026.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Sungai Nibong (04-6430222),” katanya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here