Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 28 APRIL 2025

SERDANG – Program Semarak Syawal 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 30 Mac lalu mencatatkan jualan bernilai RM21.43 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu, jumlah tersebut melebihi sasaran awal iaitu sebanyak RM20 juta.

Katanya, program itu bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pengguna yang tetapi turut membantu meningkatkan pendapatan petani dan usahawan agromakanan menjelang perayaan.

“Program ini telah dilaksanakan di 262 lokasi seluruh negara termasuk Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, RTC serta Medan Niaga Satok di Sarawak, dengan penglibatan seramai 9,005 usahawan tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Mohamad berkata, selain itu, Program Jualan Istimewa Semarak Syawal yang dilaksanakan secara serentak di 42 outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara pada 29 Mac juga mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here