Anggota bomba mengambil masa 50 minit bagi memadamkan api kebakaran rumah Pengurus Felda di Felda Jengka 10, di Maran pada petang semalam

MARAN – Sebuah rumah yang didiami oleh pengurus Felda di Jengka 10, di sini, hangus dijilat api ketika beliau menghantar anaknya ke asrama petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.26 petang.

Katanya, kebakaran yang membabitkan rumah separa kekal bersaiz 40×60 kaki persegi itu berjaya dikawal dalam tempoh 50 minit.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 100% membabitkan Rumah Kakitangan Pengurus Felda Mawar Jengka 10.

“Berdasarkan maklumat daripada orang awam, pemilik rumah tiada di kediaman semasa kejadian kerana sedang menghantar anaknya ke asrama sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka dan Jerantut telah menjalankan operasi pemadaman.

Katanya, kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.18 petang dan tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan membabitkan mangsa dilaporkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here