Logo polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kerugian RM1,150 apabila terpedaya dengan iklan kediaman untuk disewa dalam laman sesawang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihakya menerima laporan daripada seorang individu bekerja sebagai Risk Officer pada 23 April lalu yang berminat untuk menyewa kediaman di Jalan Razak Mansion, Sungai Besi, di sini, dengan harga sewaan RM1,150 sebulan.

Beliau berkata, pengadu telah berurusan dengan seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Coco Chan dalam talian ( suspek 1) bagi tujuan melihat dan menyewa unit tersebut.

Jelasnya pada jam 7.45 malam Jumaat lalu, pengadu telah pergi kediaman yang ditawarkan untuk disewa itu dan berjumpa dengan seorang wanita bernama Natasha (suspek 2) yang memperkenalkan dirinya sebagai agen rumah.

“Setelah lihat rumah tersebut, pengadu diminta untuk membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu oleh suspek 1,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Aidil, pengadu membuat bayaran sebanyak RM1,150 pada jam 9.03 malam pada hari yang sama ketika berada di rumahnya.

Tambah beliau, selepas membuat bayaran, suspek mula memberi pelbagai alasan selain tidak dapat menyediakan perjanjian sewa rumah.

Kataya, pengadu sedar dirinya ditipu setelah mendapat tahu rumah tersebut adalah sebuah rumah homestay dan bukannya rumah untuk disewa daripada pemilik rumah tersebut.

Aidil memberitahu, siasatan sedang dilakukan pihaknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here