Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

PUTRAJAYA – Integrasi bidang kesihatan dan dasar alam sekitar kini menjadi menjadi semakin penting dalam usaha mengiktiraf kemampanan sebagai asas tonggak kesihatan awam di negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini kerana sistem kesihatan yang mampan juga memerlukan inovasi berterusan dan pembiayaan pintar.

Menurutnya, untuk menyokong ini, kementerian sedang merintis projek tenaga boleh diperbaharui melalui Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) terpilih dalam kemudahan penjagaan kesihatan di Lembah Klang.

“Ia melibatkan menubuhkan Pusat untuk Kecemerlangan Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan, Penyelidikan dan Inovasi (BRAIN) dan mempromosikan alternatif terbiodegradasi yang menyokong ekonomi sekelilimg.

“Inisiatif ini bukan tindakan kendiri tetapi pelaburan jangka panjang dalam daya tahan iklim, kecekapan sumber dan operasi penjagaan kesihatan yang mampan,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Hijau 2025 dengan tema Dari Visi kepada Tindakan: Membentuk Masa Depan Persekitaran Hijau dan Sihat.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, bidang kesihatan akan menjadi lebih kritikal dan kementerian mesti melampaui pematuhan dan melebihi minimum piawaian ditetapkan.

Katanya, KKM perlu memimpin dengan keyakinan bermula dengan kaedah mereka bentuk bangunan kepada cara beroperasi secara sistem yang  kritikal sistem.

Menurut beliau, ia turut melibatkan pendekatan melatih pasukan teknikal kepada cara melibatkan diri bersama komuniti dalam kesihatan.

“Bumi yang sihat adalah penting untuk orang yang sihat. Oleh itu, saya menyeru setiap daripada kita untuk mengambil kepentingan misi ini.

“Apabila sektor kesihatan bertindak dengan berani, orang lain akan mengikutnya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here