Majlis penyerahan rasmi Waran Diraja oleh Sultan Sharafuddin kepada Pengarah-Pengarah Eksekutif Valiram Group Datuk Sharan Valiram, Ashvin Valiram dan Mukesh Valiram.- Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Waran Diraja kepada Swiss Watch Gallery Sdn Bhd sebagai pengeluar jam tangan dan barang emas mewah untuk baginda.

Majlis penyerahan rasmi Waran Diraja oleh Sultan Sharafuddin kepada pengarah-pengarah eksekutif Valiram Group, Datuk Sharan Valiram, Ashvin Valiram dan Mukesh Valiram selaku penerima bagi pihak pemegang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Selangor Royal Office berkata, kurniaan diluluskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 untuk tempoh lima tahun.

“Penganugerahan Waran Diraja ini merupakan satu pengiktirafan berprestij kepada individu atau syarikat yang telah membekalkan dan terus membekalkan, barangan atau perkhidmatan kepada Istana Selangor.

“Dengan komitmen yang terbukti serta rekod pencapaian dalam mengekalkan standard tertinggi dari segi kualiti, perkhidmatan, kemahiran pertukangan dan integriti sepanjang tahun,” katanya.

Pemberian memberikan hak kepada pemegang waran untuk memaparkan Lambang Diraja Selangor mengikut syarat-syarat pemberian tersebut di mana setiap paparan mestilah disertakan dengan perkataan ‘Dengan Perkenan DYMM Sultan Selangor’-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here