Warga emas maut selepas dilanggar sebuah lori ketika melintas di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas meninggal dunia selepas dilanggar sebuah lori ketika melintas di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada pukul 9.45 pagi itu melibatkan, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun sedang bergerak lurus dari Jalan Dedap 1 menghala ke Taman Mount Austin.

“Mangsa tiba-tiba melintas dari arah kanan dan akibat pelanggaran itu, lelaki berkenaan tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Dia sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati negatif bahan terlarang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu lori berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Sohaimi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas.

“Sentiasa berhemah dan patuhi lampu isyarat. Sikap terburu-buru boleh menyebabkan kecelakaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here