Pathmanathan.

GEORGE TOWN – Seramai 850 kakitangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bertugas selama 96 jam sepanjang gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, selain kakitangan PBAPP, kontraktor dan pembekal pihak ketiga juga terlibat dalam 23 projek kerja air di sembilan lokasi di seluruh negeri terbabit.

“Kita juga menghargai sumbangan 60 anggota Rejimen Pakar Air Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) dalam membantu kelancaran kerja-kerja membabitkan projek berkenaan.

“Penghargaan turut diberikan kepada semua kru lori tangki air yang beroperasi mengikut Pelan Bantuan Air (WRP) SWSI April PBAPP yang disokong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), termasuk Pasukan Bomba Sukarela Pulau Pinang (PBS), MBPP, MPSP, Air Selangorx Syarikat Air Darul Aman (SADA, Kedah), Ranhill SAJ (RSAJ), Pengurusan Air Pahang (PAIP), Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Syarikat Air Terengganu (SATU).

“Selain itu, kita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terjejas juga dirakamkan penghargaan atas sokongan serta penyelarasan usaha WRP yang membantu meminimumkan kesulitan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Pulau Pinang dapat lima manfaat menerusi SWSI – Kon Yeow

MalaysiaGazette semalam melaporkan pelaksanaan 23 projek kerja air sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual (SWSI) sejak Jumaat lalu disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan infrastruktur bekalan air Pulau Pinang pada masa hadapan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, lima manfaat dikenal pasti menerusi kejayaan pelaksana projek tersebut termasuk peningkatan jumlah harian bekalan air terawat kepada kira-kira 465,000 pengguna di negeri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here