Situasi terkini kediaman yang musnah pada hari kesembilan insiden letupan paip gas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jalan Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 09 APRIL 2025. (Gambar fail).

KUALA LUMPUR – Satu pengumuman berita baik akan dibuat oleh kerajaan untuk semua mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang dalam minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang memberitahu, beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari akan membuat pengumuman itu.

“(Berkenaan) bencana kebakaran (paip gas di) Putra Heights di mana minggu ini kerajaan MADANI, saya bersama Menteri Besar Selangor (Amiruddin) akan membuat pengumuman yang membawa berita baik, unpreecedented recovery plan (pelan pemulihan yang belum pernah diumumkan) untuk mangsa kebakaran di sana.

“Kita akan buat pengumuman pada minggu ini juga. Saya harap rakyat sabar.. sedikit masa saja lagi, nantikan berita baik yang akan disampaikan nanti,” katanya.

Beliau berjata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu di sini hari ini.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata, seramai 396 ketua isi rumah terlibat dalam insiden itu layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan.

Dalam insiden pada 1 April lalu, sebanyak 81 buah rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus manakala 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here