Dua anggota polis direman lima hari selepas ditahan SPRM Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman dua anggota polis kerana meminta rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang pemilik syarikat yang telah ditahan dalam satu pemeriksaan kenderaan di sebuah stesen minyak di Seremban.

Perintah reman selama lima hari sehingga 3 Mei 2025 telah dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Jenayah 1, Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang semalam di dua lokasi berbeza sekitar Seremban.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Ahad lalu apabila kedua-duanya menjalankan tugas dengan membuat pemeriksaan kenderaan individu tersebut.

“Ketika pemeriksaan kedua-dua suspek telah mengambil kad pengenalan individu terbabit dan meminta wang rasuah sekitar RM6,000 jika ingin kad pengenalannya dipulangkan semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here