Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap pada sidang media selepas hadir ke Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2024 di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 APRIL 2025

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggesa semua pihak supaya memberi ruang terhadap siasatan paparan jalur gemilang tidak lengkap dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, selesai.

Katanya, siasatan perlu diselesaikan bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.

“Bagi ruang (kepada) siasatan ini, apa yang susah sangat? Siasatan sedang berlangsung, bagi ruang. Kita memang percaya kepada siasatan ini, mesti siasatan ada integriti dan akan memastikan bahwa isu yang sama sekali tidak berulang lagi,” katanya ketika sidang media di Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan bekas  Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya pegawai tertinggi kementerian berkenaan mengambil tanggungjawab penuh susulan kejadian berkenaan dengan meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal dengan pendirian tegas tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.

“Kita (KPM) cukup tegas, saya ulang banyak kali, kita cukup tegas dalam isu ini dan tidak akan membiarkan ia (kesilapan ini) terlepas begitu saja dan siasatan ini sangat penting untuk kita termasuk siasatan dalaman yang sedang kita lakukan.

“Isu jalur gemilang ini bukan (isu) main-main ya kita ada komitmen besar di situ,” katanya lagi.

Terdahulu, Maszlee Malik menyifatkan kesilapan penggunaan grafik bendera Malaysia dalam laporan analisis keputusan SPM 2024 sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab mendidik rakyat, KPM tidak sepatutnya cuai dalam perkara melibatkan simbol kebangsaan, apatah lagi dalam penerbitan rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here