Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bercakap pada sidang media selepas selesai majlis penutup Persidangan Antirasuah Asia Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 APRIL 2025

PUTRAJAYA – Individu yang terlibat dalam insiden kesilapan paparan jalur gemilang yang tidak lengkap dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah dikenal pasti di mana melibatkan pegawai Gred 48 ke atas dan ke bawah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, bagi pegawai Gred 48 ke atas, siasatan dan tindakan sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut beliau, pegawai Gred 48 ke bawah pula diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh Lembaga Disiplin.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/04/24/silap-paparan-jalur-gemilang-kpm-minta-maaf-kecuaian-tak-boleh-diterima/

“Kesemua yang terlibat telah dikenal pasti dan ada dua kumpulan. Satu kumpulan atas Gred 48 dan bawah Gred 48. Bawah Gred 48, Lembaga Displin letak bawah Kementerian Pendidikan, yang gred atas 48, siasatan dan tindakan akan diambil JPA.

“Sedang diambil tindakan oleh JPA di bawah Peraturan Tatatertib 1997 dan Kementerian Pendidikan sudah kemuka laporan dan kini sedang dalam tindakan JPA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis penutup Southeast Asia Anti-Corruption Conference di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Ketua Pesuruhjaya Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia Setyo Budianto.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, Presiden SEA Actions, Tan Sri Abu Kassim (kiri) dan Ketua Pesuruhjaya Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Drs Setyo Budianto ketika hadir ke Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara di Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 APRIL 2025

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan kes kesilapan paparan jalur gemilang yang tidak lengkap dalam Laporan Analisis Keputusan SPM 2024.

Khamis lalu,  KPM memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang itu yang diedarkan sambil memberi jaminan tindakan tegas dan serta -merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

Malah siasatan terperinci juga sedang dijalankan.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Tambah KPM, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here