Gobind (kanan) merasmikan Hari Terbuka Malaysia Digital dan Pejabat Kementerian Digital Wilayah Utara di Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Digital komited menangani ancaman siber, khususnya penipuan dalam talian dalam usaha memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna sentiasa terjamin.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua platform digital yang dibangunkan, termasuk melibatkan perkongsian data selamat digunakan semua pihak seiring aspirasi negara menuju ke arah pendigitalan menyeluruh.

Bagaimanapun, jelas Gobind, kemunculan teknologi baharu membawa risiko yang memerlukan pendekatan bersepadu dan tindakan segera daripada semua pihak.

“Apabila ada teknologi baharu, pasti akan wujud risiko-risiko baharu. Kita perlu kenal pasti dan ambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Gobind.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), termasuk penyediaan saluran khas bagi aduan berkaitan penipuan digital.

“Kita ada nombor aduan, saluran pelaporan dan kerjasama dengan pihak polis. Struktur perundangan juga sudah tersedia untuk kita tangani ancaman digital yang muncul,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Gobind merasmikan Hari Terbuka Malaysia Digital dan Pejabat Kementerian Digital Wilayah Utara, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Mengulas lanjut Gobind turut memberi jaminan kerajaan akan terus memperkukuh kerangka undang-undang serta meningkatkan keupayaan agensi penguat kuasa bagi memastikan keselamatan pengguna di platform digital.

“Kita ada undang-undang, kita ada MCMC, kita ada polis dan agensi penyiasat lain. Kerajaan komited memastikan setiap platform digital yang dibina adalah selamat dan dipercayai,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyuarakan sokongan terhadap pembangunan Pulau Pinang sebagai hab teknologi serantau, dengan kekuatan sedia ada dalam industri semikonduktor dan potensi besar untuk pelaburan teknologi generasi baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here