Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Bekas tukang masak didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendera anak kandungnya yang berusia dua tahun, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, suspek yang berusia 35 tahun dan kini menganggur tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Beliau memberitahu, pertuduhan bagi kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

“Selepas pengakuan itu mahkamah menetapkan 4 Jun depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Puan Maisarah Hassan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Beliau berkata, suspek didakwa di mahkamah hari ini selepas direman selama lapan hari untuk membantu siasatan kes dera kanak-kanak tersebut.

“Sebelum ini dia ditahan di kawasan Gelang Patah di sini setelah satu laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here