Kredit: CMG

BEIJING – Kerja persiapan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 di Chengdu sudah hampir selesai.

Perkembangan itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Beijing pada Selasa sempena kiraan detik 100 hari menjelang temasya sukan berprestij itu.

Difahamkan, TWG 2025 akan menawarkan sebanyak 34 sukan melibatkan 255 acara untuk dipertandingkan.

Larian obor dijadual dilancarkan di Muzium Sanxingdui di bandar Deyang, provinsi Sichuan pada 26 Julai.

Sempena penganjuran temasya sukan itu, Chengdu selaku tuan rumah turut memperkenalkan pakej pelancongan budaya serta siri aktiviti yang menarik bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan budaya tradisi tempatan.

Langkah juga akan diambil untuk memastikan pengembara asing menikmati kemudahan dan perkhidmatan lebih cekap, antaranya termasuk mewujudkan pembayaran mudah alih bagi 21 e-dompet luar negara dan menyediakan skrin terjemahan pintar di kawasan utama.

Pada masa ini, jumlah kedai bayaran balik cukai pelepasan di seluruh bandar Chengdu telah meningkat kepada 429 buah.-BERNAMA-CMG

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here