petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.

Kenyataan itu menyebut penetapan harga adalah berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here