Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Zuhizzam Abdullah bersama petugas kesihatan melakukan tinjauan ke premis bagi melaksanakan 'Operasi Penguatkuasaan Akta Kawalan Praduk Demi Kesihatan Awam 2024' di sekitar Reko Sentral, Kajang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 APRIL 2025

KAJANG – Sejumlah 43,455 notis kesalahan telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan setakat 20 April lalu dalam Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].

Menurut kementerian itu, statistik berkenaan direkodkan sejak operasi penguatkuasaan itu dimulakan pada 1 Oktober tahun lalu.

Hasil penguatkuasaan sebanyak 41,421 daripada melibatkan Seksyen 16(2) iaitu larangan merokok di kawasan atau tempat larangan merokok dengan nilai RM10,355,250 juta kompaun, 1,382 notis kesalahan menerusi Seksyen 17(1) iaitu larangan merokok oleh OBD dengan RM69,100 kompaun.

“Antara lain 46 kertas siasatan telah dibuka menerusi Seksyen 15(1) iaitu berkaitan pembungkusan produk merokok yang menyerupai permainan atau makanan, 20 kertas siasatan telah dibuka bagi Peraturan 3, Peraturan Kawalan Penjualan 2024 iaitu larangan penjualan produk merokok secara dalam talian, 5 kertas siasatan bagi Seksyen 9(1) iaitu larangan promosi atau tajaan produk merokok dan 3 kertas siasatan bagi Seksyen 7(1) iaitu larangan pengiklanan produk merokok,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Zulhizzam Abdullah berkata, sebanyak 338 notis peringatan telah dikeluarkan kepada premis jualan yang belum melaksanakan pematuhan terhadap Peraturan 6 di seluruh negara sejak 20 April lalu.

“Notis peringatan yang dikeluarkan berbentuk pemakluman secara rasmi Peraturan 6 ini perlu dipatuhi sebelum tarikh penguatkuasaan penuh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan operasi penguatkuasaan tersebut di Reko Sentral malam tadi.

Jelas Dr Zulhizzam, KKM juga telah memutuskan untuk melanjutkan lagi pendidikan tentang Peraturan 6 sehingga 30 September 2025.

“Ertinya pada 1 Oktober ini akan berkuatkuasa sepenuhnya jadi untuk operasi pada kali ini KKM telah mengeluarkan 111 notis peringatan kepada premis jualan (di Reko Sentral) yang masih belum menaksanakan pematuhan.

“Ia berbentuk satu peringatan dan pada hari ini juga kita telah mengeluarkan 35 pemakluman pematuhan kepada premis yang telah mematuhi peraturan,” katanya lagi.

Notis peringatan yang dikeluarkan berbentuk pemakluman secara rasmi bahawa Peraturan 6 ini perlu dipatuhi sebelum tarikh penguatkuasaan penuh yang ditetapkan.

Untuk rekod, Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

Akta itu mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk terbabit secara terbuka di premis perniagaan.

Bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya boleh dikenakan manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here