Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap desakan tegas Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira yang menuntut pengunduran segera tentera rejim penjajah Israel dari Gaza dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Tindakan itu satu langkah berani dan bermaruh dari sebuah kuasa dunia yang mula bangkit menolak hipokrasi antarabangsa dan pendirian berat sebelah yang terlalu lama melindungi kekejaman rejim Zionis.

“MAPIM menyifatkan pendirian Brazil ini sebagai suara keinsanan sejagat yang wajar dicontohi oleh semua negara,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan Vieira bahawa “pengeboman Israel ke atas Gaza dan halangan terhadap bantuan kemanusiaan adalah tidak boleh diterima” menunjukkan dunia tidak lagi boleh berdiam diri terhadap jenayah perang yang dilakukan secara terang-terangan oleh Israel.

MAPIM turut menyambut baik gesaan Vieira agar tentera Israel dikeluarkan sepenuhnya dari Gaza, semua tawanan dan tahanan dibebaskan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa halangan.

MAPIM juga menegaskan pengunduran tentera Israel bukan sahaja satu keperluan politik tetapi satu keperluan moral dan kemanusiaan. Penjajahan ke atas Gaza mesti dihentikan serta-merta.

“Kami menyeru kerajaan Malaysia dan negara-negara anggota OIC serta ASEAN untuk menyokong secara rasmi desakan Brazil, mengambil langkah proaktif dalam forum antarabangsa untuk mendesak pengunduran tentera Israel dan mengusulkan tindakan ketenteraan kolektif bagi mempertahankan rakyat Gaza sekiranya Israel terus enggan berundur.

“Sudah terlalu lama rakyat Palestin dizalimi. Dunia tidak boleh lagi terus menjadi penonton kepada genosid,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here