Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Dis tahun lepas.

“Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Hatta berkata mangsa telah membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.

Mangsa membuat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here