Lambang Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar jurusan penerbangan sebuah akademi swasta maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 39 sebuah pangsapuri di Sungai Besi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.53 malam.

Menurut beliau, mangsa lelaki berusia 19 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di atas bumbung sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah restoran nasi kandar berhampiran blok kediaman tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah keluar melulu dari unit kediaman dan berlari ke arah tangga sebelum menuju ke aras 39.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bertindak secara bersendirian sebelum dipercayai terjatuh. Pemeriksaan turut menemui kesan pecahan cermin tingkap dan telefon bimbit milik mangsa berhampiran lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan kematian mangsa pada 11.34 malam dan mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Tambah Aidil , pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki. 

Menurutnya, keluarga mangsa memaklumkan remaja itu seorang yang pendiam, tidak mempunyai teman wanita dan tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan sebelum ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here