ADUN Sungai Ramal, Shafie Ngah turut memeriahkan sambutan Aidilfitri penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi, Selangor.

BANDAR BARU BANGI – Walaupun majlis Aidilfitri kali ini diadakan di penghujung Syawal, namun sambutan penduduk Jalan 7/3 cukup meriah.

Malah, jumlah kehadiran penduduk mencatatkan rekod baru, hampir 700 orang berbanding 500 orang tahun lalu.

Pengerusi persatuan penduduk, Kolonel (B) Abdul Samad Tahir berkata, pemilihan hujung Syawal dibuat bagi membolehkan penduduk menyelesaikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dan urusan lain terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, strategi ini berjaya, dan lebih membanggakan apabila ramai generasi muda hadir, ” katanya.

AJK sambutan Aidilfitri Jalan 7/3 yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar.

Menurutnya, jiran bukan Melayu turut memeriahkan majlis bersama keluarga masing-masing.

Acara tahunan itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, Shafie Ngah dan keluarga.

Pelbagai juadah disediakan persatuan bersama sumbangan penduduk.

Kemeriahan Aidilfitri 7/3 dimeriahkan dengan kehadiran penduduk pelbagai kaum.

Abdul Samad berkata, majlis Aidilfitri memang dinanti nantikan penduduk kerana menjadi tempat untuk mengeratkan ukhwah terutama dengan jiran yang baru berpindah.

“Ini antara cara untuk penduduk berkumpul dan berkenalan bagi yang belum kenal n merapatkan ukhwah bagi yang sudah kenal,” katanya.

Acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here