Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis telah merakam keterangan seorang wanita bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang bayi lelaki berusia 13 bulan yang ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya dipercayai terbelit kain buaian dalam kejadian pada 15 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

“Kita telah panggil pengasuh dan rakam percakapan. Apa-apa saya akan update (kemas kini).

“Selain pengasuh, kita juga telah merakam keterangan beberapa individu lain termasuk doktor yang merawat mangsa dan pengadu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Ding, 37, telah dimaklumkan oleh pengasuh bayinya anak bongsunya itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, bayi tersebut bagaimanapun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita mahu siasatan penuh kejadian anaknya berusia 13 bulan terjerut kain buaian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here