Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Kegiatan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang aktif dalam pengedaran dadah di Pulau Pinang berjaya ditumpaskan pihak polis menerusi beberapa serbuan di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam operasi bersepadu yang dijalankan dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah jenis heroin, syabu, ganja dan serbuk kafein bernilai RM100,500.

“Selain rampasan dadah, polis turut menyita sebuah kereta Perodua Alza, dua motosikal jenis Yamaha LC dan Y15 serta barangan kemas dengan menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM176,490.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak hujung tahun lalu dan dadah yang dirampas dianggarkan mampu digunakan untuk 433,000 kali penggunaan.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis THC manakala tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hamzah, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Mei depan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here