fb Bowls Malaysia

KUALA LUMPUR – Skuad boling padang negara terus mencipta sensasi apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas satu perak dalam Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 dan Kejohanan Boling Padang Asia Bawah 25 tahun (B-25) ke-14 di Clark, Filipina hari ini.

Kecemerlangan itu bermula dengan kategori senior apabila pasangan Muhammad Soufi Rusli-Amirul Danial Abdul Rahim menewaskan wakil Hong Kong 21-10 pada aksi final pairs lelaki untuk membawa pulang pingat emas.

Momentum itu diteruskan skuad triples lelaki menerusi Izzat Shameer Dzulkeple, Muhd Naufal Azmi dan Muhammad Idham Amin Ramlan yang mengecewakan skuad Thailand 16-8 pada final.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia turut membolot emas dalam acara single wanita menerusi Nurul Alyani Jamil selepas menewaskan Rosita Bradborn 21-11.

Skuad negara turut membawa pulang pingat perak dalam acara fours wanita selepas pasukan tuan rumah menewaskan Malaysia 15-12 pada aksi final.

Bagi kategori B-25, Ain Nurnajwa Norhisham turut membawa pulang emas selepas menewaskan wakil Hong Kong Gloria Ha 21-11 dalam aksi final.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berharap skuad negara mampu meneruskan prestasi cemerlang bagi pusingan kedua, esok.

“Kita berada di landasan yang betul untuk mengekalkan kejuaraan keseluruhan bagi Kejohanan Boling Padang Asia ini, dengan harapan memperoleh pencapaian yang lebih baik daripada tahun lepas di Pattaya.

“Saya harap pasukan negara mengekalkan momentum yang cemerlang ini dan tidak berada di zon selesa dalam menghadapi pusingan kedua yang akan bermula esok,” katanya.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here