Gambar hiasan

KUALA LUMPUR  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima satu maklumat berkaitan isu penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menurut sumber, kegiatan penyeludupan barangan berkenaan yang tidak mengikut standard operasi prosedur (SOP) meletakkan kawasan KLIA terdedah kepada isu ancaman keselamatan terutama kejadian dua kebakaran yang berlaku pada tahun 2024.

“Maklumat melibatkan kegiatan penyeludupan barangan berbahaya itu telah diterima pada awal tahun ini dan susulan itu, SPRM telah membuka satu kertas siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan berbahaya termasuk bahan kimia itu diseludup masuk dengan diikrarkan sebagai produk isi rumah,” katanya.

Sumber berkata, SPRM kini sedang menyiasat syarikat serta pihak terlibat dan termasuk akan mengenal pasti isu kelemahan tata kelola yang menyebabkan barangan berbahaya berkenaan mudah diseludup masuk.

Katanya, SPRM akan mengadakan kerjasama dengan pengurusan lapangan terbang berkenaan termasuk agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan serta tidak menolak kemungkinan akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk tujuan siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi mengesahkan mengenai siasatan kes berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here