Pengawal keselamatan jalan raya sedang memeriksa kenderaan yang memasuki Makkah. foto SaudiGazette

RIYADH – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah menetapkan denda sehingga SAR20,000 (RM23,013) bagi mana-mana individu yang didapati melakukan atau cuba melakukan haji tanpa permit dari 1 Zulkaedah 1446H hingga 14 Zulhijah 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ini termasuk pemegang visa lawatan yang cuba memasuki atau berada di kawasan geografi Makkah, tempat-tempat suci, kawasan pusat, stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain di Daerah Ar Rusayfah, serta semua pusat keselamatan dan pengasingan.

Kementerian tersebut juga menyatakan penduduk dan mereka yang tinggal melebihi tempoh yang cuba menunaikan haji secara haram akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan diharamkan daripada memasuki Semenanjung Arab Saudi selama 10 tahun.

Menggesa pematuhan terhadap peraturan haji dan umrah, kementerian itu meminta jemaah untuk mematuhi dan melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi nombor 911 di Makkah, Riyadh, dan wilayah Timur, serta 999 di wilayah lain di kerajaan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here