KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda tiada niat ingin merampas harta bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search sebaliknya hanya ingin kasih sayang.

Itu yang diungkapkan apabila ditanya mengenai hubungannya terkini dengan bapanya yang dilihat renggang sejak beberapa tahun lalu.

Nabila memberi gambaran ibu tiri yang digelarnya sebagai ‘wanita itu’ menjadi punca.

“Awak jangan risau, saya memang tiada niat rampas harta Papa (Amy Search). Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.

“Saya cuma nak kasih sayang seorang bapa sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup hanya sementara.

“Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya.

Nabila berkata demikian Ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Gayong di ibu negara baru-baru ini.

Sebelum ini, perkongsian Nabila yang memaparkannya bertemu dan memeluk Amy sambil kedua-duanya menitiskan air mata meruntun hati netizen.

Turut dimuat naik Nabila, video dirinya mencurahkan perasaan rindu terhadap Amy selepas kira-kira setahun tidak berjumpa melalui panggilan telefon ketika bapanya menjadi tetamu di konti radio Hot FM.

Dalam pada itu, Nabila menggesa ibu tirinya untuk berhenti melakukan sebarang perkara yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Wahai ‘perempuan itu’ saya nak awak tahu, saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya.

“Jadi, berhentilah buat apa yang awak sedang buat sekarang. Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, apa yang penting adalah adab.

“Untuk pengetahuan awak, satu industri bencikan awak. Semua orang tak selesa dengan awak,” dakwanya.

Sebagai rekod, Amy Search mendirikan rumah tangga dengan buat kali keempat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan pada Oktober 2003.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here