Ketua Penerangan Bersatu Negeri Perak, Datuk Azhar Anuar.

KUALA LUMPUR  – Ketua Penerangan Bersatu Negeri Perak, Datuk Azhar Anuar mendedahkan terdapat pihak tertentu yang cuba mengelirukan ahli-ahli parti dengan mengatakan bahawa Bersatu Perak berpecah-belah.

Menurutnya, usaha itu dilakukan untuk menolak kepemimpinan Bersatu Perak yang diterajui Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut dibuat memandangkan  Bersatu Perak dengan penyusunan baharunya dari Bahagian, Sayap-sayap hingga ke Jawatankuasa Kepimpinan Negeri semakin kemas menyebabkan ada pihak yang merasa tergugat dengan kepemimpinan Bersatu Perak kini.

Sehubungan itu, pihak berkenaan telah menggunakan pelbagai cara termasuk melalui media sosial supaya ahli-ahli Bersatu Perak terkeliru dan berpecah-belah.

“Timbalan Presiden Bersatu sendiri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah memaklumkan bahawa Bersatu Perak utuh dan kukuh.
Bersatu Perak telah melakukan gerakan untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan semakin diterima baik.

“Melihatkan keadaan itu, ada pihak yang merasa tergugat hingga mendakwa ketua-ketua bahagian di Perak menolak kepemimpinan Bersatu negeri. Ini sama sekali tidak benar.

“Saya meminta ahli-ahli Bersatu Perak jangan cepat melatah atau terpengaruh dengan dakyah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Azhar mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa 16 ketua-ketua Bahagian Bersatu di Perak menolak ke kepemimpinan Ahmad Faizal dan mahu beliau digantikan.

Azhar juga berkata, jika benar laporan portal berkenaan, kenapa tidak dinyatakan sumbernya tanpa berselindung.

“Penting untuk kita bertanya kenapa isu ini timbul secara mendadak. Jawapannya adalah kerana banyak pihak kurang senang dengan gerakan Bersatu Perak mendekati rakyat maka mereka cuba memecahbelahkan ahli-ahli Bersatu negeri.

“Ada pihak mula merasa panas apabila Bersatu Perak mula mendedahkan satu demi satu kepincangan yang berlaku di Perak,” katanya.

Azhar sekali lagi meminta setiap ahli Bersatu negeri termasuk kepemimpinan Bahagian agar tidak mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada Ahmad Faizal.

“Tidak ada isu yang tidak boleh ditanyakan sendiri. Beliau adalah seorang pemimpin yang sangat mudah didekati malah sangat terbuka bermuzakarah dan memberi peluang kepada semua bertanya, memberi pendapat, berbincang dalam mesyuarat mahupun sesi turun padang beliau tanpa berselindung atas apa-apa isu.

“Kita harus berhati-hati dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan. Setiap isu yang dilaporkan hendaklah diselidiki,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here