Rakyat Palestin berkumpul untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.
Di celah runtuhan yang menghitam, dengan berbumbungkan langit, kanak-kanak di Gaza berdiri menahan kelaparan menunggu makanan yang telah disekat Israel selama dua bulan dalam serangan genosid yang berlarutan sejak 19 bulan lalu.
Agensi Makanan PBB berkata, bekalan makanan di seluruh Gaza kini berada pada tahap amat kritikal dan kes kekurangan zat makanan sedang meningkat dengan pantas.
Salah satu penyedia utama makanan di wilayah Palestin telah menghantar baki stok makanan terakhirnya selepas Israel menyekat semua bantuan kepada penduduk Gaza.
Rakyat Palestin bersama bekas kosong di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.Rakyat Palestin berkumpul untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.Seorang kanak-kanak Palestin makan makanan yang diberi di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.Rakyat Palestin berkumpul untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.