TOKYO – Polis Jepun menahan seorang lelaki selepas dia didakwa merempuh keretanya dengan sengaja ke atas tujuh murid sekolah rendah di Osaka pada 1 Mei.

Kanak-kanak itu, yang dalam perjalanan pulang dari sekolah, cedera dan dikejarkan ke hospital, tetapi ketujuh-tujuhnya dalam keadaan sedar.

Seorang pegawai polis Osaka, yang enggan dikenali berkata, pemandu terbabit merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun dan tinggal di Tokyo.

Suspek dilaporkan membuat kenyataan:  “Saya sudah muak dengan segala-galanya, jadi saya memutuskan untuk membunuh orang dengan merempuh kereta yang saya pandu ke beberapa kanak-kanak sekolah rendah” sejurus selepas penahanannya.

Lelaki itu ditangkap kerana disyaki cuba membunuh.

Mangsa adalah kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun.

Polis berkata, seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun alami kecederaan paling serius apabila patah rahang.

Enam yang lain, kesemuanya kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan yang agak ringan termasuk lebam dan calar, dan mereka sedang dalam pemeriksaan, kata polis.

Suspek dikatakan memandu secara “zigzag” ketika melanggar kanak-kanak tersebut.

Lelaki itu “memakai pelitup muka dan kelihatan seperti terkejut” selepas dia diseret keluar oleh guru sekolah, Nippon TV memetik saksi sebagai berkata.

Jenayah ganas agak jarang berlaku di Jepun, tetapi insiden yang mengejutkan kadangkala berlaku.

Pada 2008, Tomohiro Kato, memandu trak dua tan yang disewa merempuh ke arah sekumpulan pejalan kaki di daerah Akihabara Tokyo, sebelum keluar dan menikam orang awam dalam serangan yang mengorbankan tujuh orang.

“Saya datang ke Akihabara untuk membunuh orang. Tidak kira siapa yang saya bunuh,” katanya kepada polis ketika itu.

Kato dijatuhi hukuman mati dan digantung pada 2022. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here